Kenali Penternak

Osman Goat Farm telah memulakan operasinya pada tahun 1990 di Kangkar Tebrau, Johor Bahru. Bermula sebagai hobi di masa lapang, Osman Bin Cheya Kutty telah membeli 5 ekor kambing kampung untuk di ternak di tanah belakang kediamannya. Namun gesaan kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian dan penternakan ketika itu telah menimbulkan minat yang mendalam untuk menjadi penternak kambing sepenuh masa.

Pada tahun 1993, dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor, beliau telah membawa masuk 5 ekor kambing tenusu dari jenis British Alpine dari New Zealand serta 10 ekor kambing pedaging dari jenis jamnapari.

Osman merupakan penternak pertama di Johor yang menyahut seruan kerajaan didalam penternakan kambing tenusu. Hasil kerjasama dan bimbingan dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan J