Kambing Biri-Biri Merino

" biri-biri merino osman goat farm johor bahru"

Bulu Biri-Biri Terbaik dari Merino

Share Merino ialah baka kelas ekonomi dalam kategori keluarga biri-biri, memang amat berharga untuk benang bulu. Merino dianggap sebagai mempunyai bulu yang terbaik dan paling lembut dari mana-mana kambing biri-biri. 

Biri-biri ini terdiri dari 2 jenis yang dipanggil sebagai; Merinos Poll (tidak bertanduk - sekadar keratan sangat kecil dikenali sebagai scurs) dan Merino Bertanduk (mempunyai tanduk lingkaran panjang, yang tumbuh dekat dengan kepala)

Dua huraian maksud bagi perkataan  "Merino" dalam  bahasa Sepanyol adalah:

 - Ia adalah satu adaptasi dari kambing biri-biri jenis "Leonese"  (Merino) dari baka "Merindad". Perkataan ini adalah dari Latin Maiorinus zaman pertengahan dari perkataan ‘Maior’ dan bermaksud "lebih baik".

 - Ia juga mungkin berasal daripada nama satu suku Berber, Marini (atau di Castilia, Benimerines) di semenanjung Iberia pada abad ke-12 dan 13.

Ciri-ciri Merino

Merino adalah “forager - bertindak atau berkeupayaan dalam mendapatkan dan mencari sumber makanan” yang cemerlang dan sangat menyesuaikan diri. Biri-biri ini biasanya dikhususkan untuk benang bulu dan saiz karkas umumnya lebih kecil daripada biri-biri yang diternak untuk daging. Biri-biri yang dikenali sebagai SAMM (South Africa Meat Merino), American Rambouillet dan German Merinofleischschaf telah diternak untuk mengimbangi pengeluaran bulu dan kualiti karkas dunia.

Merino berbulu halus, berkerut dan lembut. Bulu Merino umumnya adalah kurang daripada 24 mikron (μm) diameter. Bulu halus Ultra sesuai untuk diadun bersama gentian lain seperti sutera dan “cashmere”. New Zealand merupakan negara pengeluar “lightweight knits- sulaman ringan” yang dibuat dari gabungan bulu Merino dan bulu Possum (sejenis haiwan berbulu halus). 

 

Istilah “Merino” digunakan secara meluas dalam industri tekstil, tetapi ia tidak boleh diambilkira untuk membawa maksud jenis fabrik/kain, kerana persoalan yang timbul adalah, apakah ianya 100% bulu Merino sebenar dari baka Merino yang diternak khusus untuk benang bulu. 

Bulu mana-mana kambing biri-biri Merino, sama ada yang diternak di Sepanyol atau di tempat lain tetap dikenali sebagai "Merino Wool". Walau bagaimanapun, tidak semua biri-biri Merino menghasilkan bulu yang sesuai untuk pakaian, dan terutama untuk pakaian yang dipakai bersentuhan dengan kulit manusia. Ini bergantung pada terikan tertentu baka.

 

Dengan populariti Merino yang semakin meningkat, terutamanya untuk pakaian aktiviti luar, beberapa syarikat pakaian, kedua-dua industri pembuatan dan runcit, telah bertindak untuk menjelaskan apa-apa barang pakaian yang mengandungi bulu Merino, digelar ringkas sebagai "Merino".

 

diterjemah & sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Merino_sheep